PROGRAM CAKNA ALAM, SEJAHTERA MINDA 2026

Seramai 100 orang peserta Politeknik Mersing yang terdiri oleh pelbagai kaum telah menyertai Program Cakna Alam, Sejahtera Minda 2026 yang berlangsung di Pantai Teluk Sisik pada 20 Ogos 2026, dengan membawa tema kesedaran alam sekitar, kesejahteraan mental dan pembangunan sahsiah yang telah berjaya mengumpul sebanyak 483.664KG sampai selama 1 jam kutipan sampah yang terkumpul.

Program ini bukan sekadar aktiviti pembersihan pantai, malah menjadi ruang pembelajaran berasaskan pengalaman yang menggabungkan elemen kesihatan mental, pembangunan kendiri, kesedaran alam sekitar, kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial.

Antara pengisian program ialah aktiviti ice breaking, team building, perkongsian kesedaran alam sekitar serta aktiviti pembersihan Pantai Teluk Sisik melalui kempen β€œCakna Alam, Cakna Diri”. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama memahami kepentingan menjaga kebersihan pantai dan kelestarian ekosistem marin.

Program ini turut menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs):

🌱 SDG 3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan

Meningkatkan kesejahteraan mental, motivasi dan daya tahan peserta.

πŸ“š SDG 4 – Pendidikan Berkualiti

Memperkukuh pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

🌏 SDG 13 – Tindakan terhadap Perubahan Iklim

Memupuk kesedaran serta tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

🌊 SDG 14 – Hidupan di Bawah Air

Menyumbang kepada pengurangan pencemaran pantai dan pemeliharaan ekosistem marin.

🀝 SDG 17 – Perkongsian untuk Matlamat

Memperkukuh kerjasama strategik antara Politeknik Mersing dari Unit Kaunseling yang terdiri daripada jabatan pedagangan,jabatan kejuruteraan elektrik dan jabatan teknologi maklumat dan komunikasi, bersama Kelab belia Sepakat bandar, Malaysian Relief Agency (MRA) Johor dan Pejabat Belia & Sukan daerah Mersing.

Program ini membuktikan bahawa alam yang terpelihara dan minda yang sejahtera merupakan tanggungjawab bersama.

β€œCakna Alam, Cakna Diri β€” Bersama Membina Generasi Sejahtera dan Prihatin.” πŸŒΏπŸ’š

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *