𝐏𝐌𝐉 𝐃𝐎𝐌𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐊𝐄𝐖 𝐊𝐄-𝟏𝟑, 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍

𝟏𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Politeknik Mersing Johor (PMJ) melakar kecemerlangan apabila muncul sebagai Johan Keseluruhan Festival Kebudayaan & Warisan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia (FESKEW) Kali Ke-13 yang berlangsung pada 7 hingga 10 Ogos 2026.

Kejayaan tersebut hadir menerusi pencapaian cemerlang PMJ dalam beberapa kategori pertandingan yang dipertandingkan sepanjang festival, sekali gus menyaksikan kontinjen PMJ mengungguli saingan dalam acara layang-layang dan tarian.

Dalam kategori Layang-layang, PMJ berjaya meraih Johan bagi kategori Rokkaku Hiasan serta Johan bagi kategori Rokkaku Laga.

Kejayaan turut diteruskan menerusi kategori Tarian Rampaian Melayu Kreatif apabila pasukan tarian PMJ, Sri Samudera, dinobatkan sebagai Johan Kategori Tarian selain menerima Anugerah Koreografi Terbaik.

Pencapaian berganda dalam kedua-dua kategori tersebut menjadi antara penyumbang utama kepada kejayaan PMJ merangkul gelaran Johan Keseluruhan FESKEW Kali Ke-13.

Penyampaian hadiah dan pengiktirafan kepada para pemenang berlangsung dalam Majlis Perasmian Penutupan FESKEW Kali Ke-13, yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar yang menjalankan tugas Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing.

Kejayaan ini memperlihatkan prestasi memberangsangkan kontinjen PMJ sepanjang FESKEW ke-13, khususnya menerusi persembahan dan penyertaan yang berjaya membawa pulang beberapa anugerah utama dalam festival berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen PMJ atas kejayaan yang membanggakan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *