𝐂𝐈𝐄𝐅’𝟐𝟔 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊

𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Career, Industrial & Entrepreneurship Festival 2026 (CIEF’26) anjuran Politeknik Mersing Johor (PMJ) membuka tirainya dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada pengunjung.

Hari pertama program menyaksikan pelbagai sesi perkongsian ilmu, pameran pendidikan serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan rakan industri. Antaranya termasuk Taklimat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pelajar semester akhir, Taklimat Pelaksanaan Program K-Youth Track B&C 2026 serta sesi perkongsian “Dari Politeknik ke MMU” yang memberi pendedahan mengenai laluan pendidikan dan pembangunan kerjaya.

Turut mendapat perhatian ialah sesi “Job Hunt Hacks for New Graduates” yang dikendalikan oleh alumni Politeknik Mersing Johor, selain program JTDC Connect 2026, pendaftaran platform MyNext@TalentCorp serta Pameran Kerjaya MYFutureJobs dan Klinik Resume yang membantu para pelajar membuat persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai pameran daripada pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan rakan industri seperti MMU, EduCity, UTHM, KWSP, TalentCorp, JTDC serta YaPEIM yang menawarkan pelbagai maklumat, perkhidmatan dan peluang kepada pengunjung.

Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan termasuk saringan kesihatan, kempen Jom Infaq dan pembukaan akaun Potongan Infaq oleh YaPEIM, perkhidmatan cuci emas dan perak secara percuma, serta gerai-gerai jualan yang memeriahkan suasana festival.

Festival yang berlangsung sehingga 1 Ogos 2026 ini bakal diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk JTDC Job Fair x PERKESO, yang menghimpunkan pelbagai majikan dan menawarkan peluang temu duga secara terus kepada pencari kerja.

Orang ramai, khususnya warga Mersing dan kawasan sekitar, dijemput hadir bagi memanfaatkan pelbagai peluang yang ditawarkan sepanjang CIEF’26. Selain mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan dan kerjaya, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan percuma serta menyokong usahawan tempatan melalui gerai-gerai jualan yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *