𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐅𝐄𝐒𝐊𝐄𝐖 𝐊𝐄-𝟏𝟑)

𝟕-𝟏𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Politeknik Mersing Johor (PMJ) menjadi tuan rumah Festival Kebudayaan & Warisan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia (FESKEW) Kali Ke-13 yang berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2026.

Festival kali ini menghimpunkan penyertaan daripada 19 politeknik dan 8 kolej komuniti dari seluruh Malaysia, dengan pelbagai pertandingan yang berlangsung sepanjang empat hari penganjuran.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Tarian Rampaian Melayu Kreatif, Arca Pasir dan Layang-Layang, yang bukan sahaja menguji bakat dan kreativiti peserta, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan apresiasi terhadap seni dan warisan budaya Malaysia.

Penganjuran FESKEW ke-13 turut menjadi platform bagi memperkasa apresiasi terhadap kebudayaan dan warisan dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, selaras dengan usaha memupuk nilai kreativiti, kebersamaan dan penghargaan terhadap khazanah budaya negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *