Politeknik Mersing Johor berbesar hati menerima ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang mendarat menggunakan helikopter di padang Politeknik Mersing Johor sempena lawatan beliau ke daerah Mersing.
Turut hadir mengiringi lawatan ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Ketibaan para dif kehormat telah disambut oleh Pengarah Politeknik Mersing Johor, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, bersama barisan pengurusan tertinggi Politeknik Mersing Johor.
Politeknik Mersing Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi singgah di kampus ini serta mendoakan agar segala urusan mereka sepanjang berada di daerah Mersing dipermudahkan.