PEMETERAIAN DAN PENYERAHAN DOKUMEN KERJASAMA STRATEGIK
Bersempena Career, Industrial & Entrepreneurship Festival 2026 (CIEF’26), CISEC Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah menganjurkan Majlis Jalinan Kolaborasi Industri & Akademia: Pemeteraian dan Penyerahan Dokumen Kerjasama Strategik sebagai platform memperkukuh hubungan antara rakan industri dan PMJ.
Majlis ini telah menyaksikan pemeteraian dan penyerahan Letter of Intent (LoI) bersama tujuh (7) rakan industri iaitu:
• Cool Code Sdn Bhd
• I-World Technology Sdn Bhd
• Poji Sdn Bhd
• J.K Wire Harness Sdn Bhd
• Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan
• GTEX ASIA Sdn Bhd
• MZ Information Resources
Jalinan kerjasama strategik ini dijangka memberi manfaat yang signifikan kepada warga PMJ melalui pelbagai inisiatif antaranya:
• Menyediakan lebih banyak peluang penempatan Latihan Industri (LI) yang berkualiti.
• Meningkatkan kebolehpasaran graduan menerusi kerjasama yang lebih erat dengan pihak industri.
• Memperluaskan perkongsian kepakaran, teknologi serta inovasi selaras dengan keperluan semasa industri.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah PMJ, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian. Turut hadir menyaksikan majlis ialah Ts. Ekmaluddin Ishak, Pengarah Unit Strategik Modal Insan Johor, Dr. Asnizah Binti Sahekhaini, menjalankan tugas Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), En. Kamal Aryf Bin Baharuddin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) PMJ; dan En. Roshdi Hj. Ahmad, menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan CISEC PMJ serta semua jawatankuasa yang terlibat atas komitmen, kerjasama erat dan dedikasi dalam menjayakan majlis ini. Semoga jalinan kerjasama yang terhasil menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada PMJ, industri dan para pelajar pada masa hadapan.