𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 | 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔

𝟐𝟑 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 | 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing (PMJ) dengan kerjasama Centre of Technology (CoT), PMJ serta Unit Sukarelawan PMJ telah berjaya menganjurkan Program Jalinan Antarabangsa: Jejak Ilmu Serantau bersama Politeknik Caltex Riau (PCR), Indonesia.

Program yang berlangsung pada 19 hingga 22 Julai 2026 ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi menerusi perkongsian ilmu, pertukaran budaya, aktiviti kesukarelawanan dan kolaborasi akademik.

Sepanjang tempoh berkenaan JTMK PMJ telah selesai menjayakan empat program peringkat antarabangsa iaitu:

a. PSR DI PANTI ASUHAN FAJAR HARAPAN

– program sukarelawan bertempat di panti asuhan (Rumah anak-anak yatim & miskin) di Pekanbaru.

b. PERKONGSIAN ILMU PMH x PCR

– Cisco Packet Tracer oleh KJTMK En. Mohd Asyraf bin Mohd Arshad

– Cyber Wira oleh Pn. Che Zakiyah binti Zainon

– AIoT-Based Smart Lighting System oleh Ts. Zainolrin bin Saari.

c. SMARTGEERN: FRENDSHIP TREE

– Program tanam pokok buahan sebagai simbolik hubungan antara PMJ & PCR.

d. LAWATAN KAMPUS PCR

Lawatan kampur sekitar PCR untuk melihat fasiliti dan amalan baik yang diamalkan di PCR.

Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berfikiran global serta memperkukuh semangat serumpun antara Malaysia dan Indonesia.

Warga kerja JTMK mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Program Jejak Ilmu Serantau yang diketuai oleh Puan Noradilah binti Sukor selaku Pengarah Program. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan pada masa yang akan datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *