𝐉𝐓𝐌𝐊 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑 𝐖𝐀𝐑𝐑𝐈𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟏𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

Seramai 23 orang pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah melakar keputusan cemerlang dalam pertandingan POLYCC Cyber Warrior 2026.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dengan Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang bertindak sebagai tuan rumah bagi penganjuran edisi tahun ini. Sesi pertandingan telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari pada 14 dan 15 Jun 2026.

Dalam saingan tersebut, PMJ telah menyertai lima (5) kategori utama dan berjaya membawa pulang anugerah-anugerah berikut:

* 𝐂𝐚𝐩𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐥𝐚𝐠

Tempat Pertama:

Hilal Haziq bin Mohd Ali, Nur Al Ma’idah binti Jamal, Zainal Ariffin bin Zaini (Jurulatih: En. Wan Muhammad & Ts. Nurulfarida).

Tempat Kedua:

Muhammad Wafiy bin Hafiz, Hafith Iqbal bin Mohamad Nazri, Muhammad Danny Ikhmal bin Salman.

* 𝐌𝐋𝐁𝐁 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐭𝐥𝐞’𝐬

Tempat Pertama:

Muhammad Fahdil bin Md Alias, Muhammad Hariz Aqil bin Kamarudin, Zul Ikhwan bin Abdullah, Tengku Danish Iqbal bin Tengku Rozahan, Muhammad Alif Zidane bin Mohd Shaiful (Jurulatih: Ts. Hanis Basir).

* 𝐍𝐞𝐭𝐰𝐨𝐫𝐤 𝐊𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐇𝐢𝐥𝐥

Tempat Ke-empat: Muaz Ikhwanul bin Mazeli @ Mazelan, Wan Muhammad Nasrullah bin Wan Afandi (Jurulatih: Pn. Chelva Kumari & Pn. Nik Nur Faizah).

* 𝐂𝐨𝐝𝐞 𝐑𝐮𝐦𝐛𝐥𝐞

Tempat Ke-empat: Sintu A/P Punosamy (Jurulatih: Ts. Noor Hayati binti Basan & Pn. Fatin Nur Faqihah binti Adnan).

* 𝐇𝐚𝐜𝐤𝐚𝐭𝐡𝐨𝐧 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐞𝐜𝐡 𝐍𝐮𝐬𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

Turut mempamerkan penyertaan dan saingan yang sengit daripada kontinjen pelajar.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan barisan jurulatih atas usaha gigih yang mengharumkan nama Politeknik Mersing di peringkat kebangsaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *