Welcome to POLYCC - TVET For All

Selamat Datang ke Portal Rasmi POLYCC

pmj
banner-exam
Politeknik Mersing One-Way Route Guide
Politeknik Mersing_ OSH untuk Tempat Kerja Selamat

Kemasukan ke 5 program TVET di bawah PMJ bagi melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan kompeten.

Membudayakan amalan hijau bagi melahirkan tenaga kerja 'kolar hijau', selaras dengan matlamat transformasi politeknik.

Pelbagai program dilaksanakan bersama rakan industri dalam semua bidang termasuklah Teknologi Digital dan bidang kejuruteraan.

Akses kepada data dan statistik bagi keseluruhan PMJ termasuklah peratus kebolehpasaran Graduan.

0

TAHUN
PENUBUHAN
PMJ

Mengenali PMJ

Hala Tuju
Transformasi PMJ

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berperanan sebagai pemacu perubahan dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta menjadi pemacu pembangunan negara.

0

PROGRAM

0

PENSYARAH

0

PELAJAR

0

GRADUAN

Program Pengajian

Pelbagai program menarik dengan yuran berpatutan ditawarkan oleh Politeknik Mersing Johor. Semua program diiktiraf MQA, menawarkan peluang pekerjaan yang cerah serta laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Diploma Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektrik direka bentuk untuk meliputi disiplin ilmu kejuruteraan elektrik semasa, dengan pengkhususan tambahan elektronik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Asas elektronik yang meliputi bidang kuasa, kawalan, instrumentasi dan komputer memberikan fleksibiliti kepada para graduan, sambil menekankan bidang pengkhususan.

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik direka bentuk merangkumi pelbagai disiplin utama dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Pelajar didedahkan kepada asas elektrik dan elektronik, komputer dan pengaturcaraan, rekabentuk terbantu komputer, semikonduktor, sistem komunikasi, pendawaian, sistem kuasa, mesin elektrik serta Pengawal Logik Boleh Aturcara.

Diploma Teknologi Maklumat

Program Diploma Teknologi Maklumat menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang pengkomputeran dengan penekanan kepada Teknologi Maklumat. Kursus yang ditawarkan merangkumi platform teknologi, asas pengkomputeran, pengaturcaraan, modul industri dan kluster domain industri bagi menyediakan pelajar untuk pelbagai kerjaya dalam sektor ICT.

Diploma Pengajian Perniagaan

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk hadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan lain-lain lagi.

Diploma Sains Kesetiausahaan

Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sektor swasta dan awam.

Jom semak syarat masuk Politeknik & Kolej Komuniti di pautan berikut :-

Aktiviti PMJ

PAUTAN PANTAS

PENGIKTIRAFAN

Hubungi Kami

Politeknik Mersing Johor,
Jalan Nitar,
86800 Mersing,
Johor Darul Takzim.

Pelawat

Pelawat sedang online9Minggu ini163Bulan ini892Jumlah pelawat128234Masa load web--

Media Sosial