Pengenalan Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan (UPIK)
Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan (UPIK) ditubuhkan di Politeknik Mersing Johor (PMJ) sebagai pusat penyelarasan utama dalam merancang, melaksana, memantau serta memperkasa aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan pensyarah dan pelajar. UPIK memainkan peranan penting dalam menggalakkan budaya penyelidikan berimpak tinggi, menghasilkan produk inovatif, serta memacu usaha ke arah penghasilan harta intelek dan peluang komersialan selaras dengan aspirasi TVET dan Dasar Pendidikan Tinggi Negara.
Objektif
- Mencapai sekurang-kurangnya 10 kertas penyelidikan yang diterbitkan setiap tahun;
- Menghasilkan sekurang-kurangnya 1 produk inovasi yang diaplikasikan dalam tahun semasa;
- Menyediakan platform penyelarasan dan sokongan kepada semua aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan;
- Meningkatkan keterlibatan staf akademik dan pelajar dalam program penyelidikan berasaskan industri serta komuniti.
Skop & Fungsi UPIK
📌 Skop Tugas:
Prosedur ini digunakan oleh:
- Penyelaras Data & Statistik Penyelidikan (PDSP)
- Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (KUPIK)
- Ketua Penyelaras Penyelidikan dan Geran (KPPG)
- Ketua Penyelaras Inovasi, Komersialan dan Harta Intelek (KPIKHI)
- Ketua Penyelaras Penulisan dan Penerbitan (KPPP)
- Ketua Penyelaras Pemegang Taruh (KPPT)
- Ketua Penyelaras Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) (KPKIK)
📋 Fungsi Utama:
Perancangan Aktiviti
- Menyediakan takwim tahunan dan anggaran perbelanjaan aktiviti UPIK.
Penyelidikan & Geran
- Menyelia permohonan, pelaksanaan dan pemantauan projek penyelidikan (bergeran / tanpa geran) serta pengisian sistem SYRi.
Inovasi & Penerbitan
- Mengurus dokumentasi projek inovasi dan penghantaran kertas penyelidikan ke penerbitan.
Komersialan & Harta Intelek
- Mengenal pasti potensi produk inovasi untuk dikomersialkan serta mengurus permohonan IP di bawah MyIPO.
Hubungan Pemegang Taruh
- Menjalankan soal selidik dan laporan kepuasan pihak industri (latihan industri), pelajar, dan ibu bapa.
Pematuhan Sistem & Pemantauan Prestasi
- Menyimpan rekod aktiviti dan laporan mengikut piawaian ISO 21001:2018 (EOMS) dan sistem JPPKK yang terkini.
Carta Organisasi
