PENGENALAN

Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (UKKP) berfungsi sebagai salah satu unit di bawah Sokongan Akademik di Politeknik Mersing. Unit ini bergerak seiring dengan Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Politeknik Mersing yang fungsinya berlandaskan kepada Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PMJ dan pematuhan terhadap keperluan akta dan perundangan seperti AKKP 1994, AKJ 1967, keperluan standard seperti Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan ISO 45001:2018. 

 

OBJEKTIF KKP


Objektif KKP yang dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui prinsip kerjasama dan perundingan antara pengurusan dan pekerja. Objektif KKP PMJ adalah:

1. Memastikan program/ aktiviti/ latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diadakan sebanyak 4 kali setahun.
2. Memastikan pematuhan perundangan dan pelaksanaan pengurusan KKP secara konsisten dengan mengadakan pemeriksaan tempat kerja 4 kali setahun.
3. Memastikan tahap kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelajar secara berkala 2 kali setahun.
4. Memastikan komitmen pihak pengurusan tertinggi PMJ dengan mengadakan mesyuarat JKKP secara berterusan sebanyak 4 kali setahun.

 

 

 

 

 

POLISI

 

 

 

CARTA ORGANISASI JKKP

 

 

 

 

PERUNDANGAN & GARIS PANDUAN

PAUTAN GARIS PANDUAN DOSH

AKTA