­

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Mersing merupakan salah satu jabatan akademik yang terkemuka. JTMK menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau DDT, manakala bagi pelajar kemasukan baru bermula Sesi II 2023/2024, JTMK menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (DIT). Program DDT dan DIT menawarkan pengkhususan atau trek yang berbeza mengikut politeknik. Trek yang ditawarkan oleh JTMK, Politeknik Mersing adalah trek pengkhususan seperti Sistem Rangkaian, Keselamatan Maklumat, dan Pembangunan Perisian dan Aplikasi. Program DDT dan DIT di Politeknik Mersing berlangsung selama tiga tahun, melibatkan enam semester, di mana pada semester akhir pelajar wajib menjalani latihan industri.  Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang komprehensif dan relevan, selaras dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Melalui program ini, pelajar dipersiapkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang dinamik dan kompetitif, memastikan mereka bersiap siaga untuk menyesuaikan diri dan berjaya selepas tamat pengajian.