Pengenalan
Carta Organisasi
Pengenalan
Jabatan Pengajian Am (JPA) bertanggungjawab menyokong jabatan-jabatan induk di Politeknik Mersing Johor menghasilkan graduan yang holistik bertepatan dengan kehendak industri dan negara. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus sokongan kepada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Jabatan Pengajian Am terdiri daripada Unit Pendidikan Islam dan Moral; dan Unit Bahasa. Selain dari itu, Unit KoKurikulum juga ditempatkan di bawah pemantauan jabatan ini.
Unit Pendidikan Islam dan Moral berperanan untuk mendidik pelajar-pelajar dengan penghayatan agama, nilai-nilai moral serta Ilmu Ketamadunan Islam. Unit Bahasa membekalkan mereka dengan ilmu komunikasi global yang amat diperlukan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan. Manakala, Unit Ko-Kurikulum pula memperkayakan pelajar-pelajar dengan sifat-sifat tanggungjawab dan setia berpasukan melalui kursus-kursus unit beruniform, sukan dan kelab.
JPA menawarkan kursus-kursus sambilan di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk pelajar-pelajar PMJ yang akan menduduki Malaysian University English Test (MUET) dan kursus-kursus yang lain.
Jabatan ini juga sentiasa aktif dalam menganjurkan program-program pembangunan pelajar yang dirancang untuk pelajar-pelajar PMJ dan juga program-program Corporate Social Responsibility (CSR) untuk komuniti setempat.
Kekuatan dan kepakaran tenaga pengajar dari semua unit di bawah Jabatan Pengajian Am memantapkan keupayaan jabatan ini untuk merealisasikan visi dan misi Politeknik Mersing Johor dalam menghasilkan graduan yang unggul.
Carta Organisasi