Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Mersing merupakan salah satu jabatan akademik yang terkemuka. JTMK menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau DDT, manakala bagi pelajar kemasukan baru bermula Sesi II 2023/2024, JTMK menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (DIT). Program DDT dan DIT menawarkan pengkhususan atau trek yang berbeza mengikut politeknik. Trek yang ditawarkan oleh JTMK, Politeknik Mersing adalah trek pengkhususan seperti Sistem Rangkaian, Keselamatan Maklumat, dan Pembangunan Perisian dan Aplikasi. Program DDT dan DIT di Politeknik Mersing berlangsung selama tiga tahun, melibatkan enam semester, di mana pada semester akhir pelajar wajib menjalani latihan industri. Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang komprehensif dan relevan, selaras dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Melalui program ini, pelajar dipersiapkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang dinamik dan kompetitif, memastikan mereka bersiap siaga untuk menyesuaikan diri dan berjaya selepas tamat pengajian.
Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), atau dikenali sebagai DDT dan Diploma Teknologi Maklumat (DIT) di Politeknik Mersing menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan yang khusus pada Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang tersedia dibahagikan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules, dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas-tugas khusus dalam industri. Pelajar diberi peluang untuk mengejar pelbagai kerjaya dalam sektor ICT yang berbeza.
Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang mudah dipindahkan serta kemahiran yang luas, membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan teknologi-teknologi baru yang berkembang pesat. Selain dari aspek teknikal, pelajar juga mendapat pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam kemahiran insaniah. Dengan penekanan yang diberikan kepada pembelajaran yang bermula dari diri sendiri (self-initiated learning) dan kemahiran praktikal (hands-on competencies), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia pengkomputeran yang sentiasa berubah.
Kedua-dua program ini menawarkan pelbagai pengkhususan atau trek yang berbeza bergantung kepada Politeknik. Di Politeknik Mersing, terdapat tiga pengkhususan utama:
- Trek Sistem Rangkaian
- Trek Keselamatan Maklumat
- Trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi
Programme Educational Objectives (PEO)
Programme Learning Outcomes (PLO)
Permintaan terhadap tenaga kerja ICT dijangka terus meningkat dengan pesat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam sektor ICT telah meningkatkan keperluan untuk graduan IT yang bukan sahaja memenuhi kehendak tetapi juga keperluan industri di dalam dan luar negara. Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap, dan kebolehan yang relevan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini membolehkan mereka memasuki pasaran pekerjaan dalam pelbagai jawatan termasuklah:
* Software Tester
* Web Programmer
* Software Developer
* IT Support Engineer
* Internet Programmer
* Systems Programmer
* Database Programmer
* Network Administrator
* Database Administrator
* System Analysts Assistant
* System Support Personnel
* Network Support Personnel
* Network Security Engineer
* Assistant Network Engineer
* Technical Helpdesk / Support
* Computer Application Programmer
Dengan kemahiran yang komprehensif dan latihan yang praktikal, graduan dari program ini bersedia untuk menghadapi dan mengatasi cabaran dalam dunia pekerjaan yang dinamik, serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan dan kemajuan industri ICT.
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Mersing dilengkapi dengan bilik kuliah dan makmal komputer yang menyediakan peralatan dan teknologi terkini untuk menyokong pembelajaran praktikal dan teori bagi setiap kursus. JTMK juga diiktiraf sebagai salah sebuah CISCO Academy yang aktif di Malaysia. Selain itu, Center of Technology (COT) dengan kerjasama JTMK telah menganjurkan Cyber Range Academy Conference (CRAC) dan Pertandingan Capture The Flag (CTF) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia (CSM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Tidak terhenti di situ, pelajar-pelajar juga diberikan peluang menyertai pelbagai aktiviti kurikulum, termasuk pertandingan World Skills, Polyccskills, Keusahawanan, Sukan dan pelbagai lagi aktiviti lain. Ianya bertujuan menambah nilai dalam pembinaan karakter pelajar dan mengukuhkan kemahiran insaniah (soft skills) pelajar. Hubungan baik antara JTMK Politeknik Mersing dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) juga memperkukuhkan lagi reputasi JTMK Politeknik Mersing dalam industri teknologi maklumat.
- Makmal Sistem Komputer dan Digital
- Makmal Teknologi Maklumat
- Makmal Pembangunan dan Aplikasi
- Makmal Keselamatan Maklumat
- Makmal Rangkaian CISCO
- Makmal Rangkaian dan Komunikasi
- Makmal Hipermedia
- Makmal Projek Rangkaian
- Makmal BYOD CISCO
- Makmal CYBEROPS CISCO
- Bilik-bilik kuliah
- Dewan Kuliah
Technology Enabled Classrooms