Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Course Description
Sinopsis Program
Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah direkabentuk meliputi pelbagai disiplin semasa yang luas dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar turut didedahkan dengan Asas Elektrik dan Elektronik yang luas merangkumi Prinsip Elektrik dan Elektronik, Asas komputer dan Pengaturacaraan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Komunikasi, Pemasangan Pendawaian, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik dan Pengawal Logik Boleh Aturcara. Pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai;
- Juruteknik Elektrik/ Eletronik
- Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Eletkrik
- Pembantu Teknik
- Penyelia Elektrik/ Elektronik Kejuruteraan
- Penolong Jurutera
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujiandalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) dalam mana – mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | |
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan) | |
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer) | |
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) | |
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) | |
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan) | |
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum) | |
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) | |
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum) | |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
Sijil Pemasangan Elektrik | |
Sijil Teknologi Elektrik | |
Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan dan Perkhidmatan | |
Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih | |
Sijil Teknologi Telekomunikasi | |
3 | Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM |
Sijil Kejuruteraan Elektrik | |
Sijil Teknologi Elektrik | |
4 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Elektronik) | |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) | |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) | |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri) | |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi) | |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik | |
5 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
Juruteknik Kanan Buffer Storage (EE-050-3) | |
Juruteknik Kanan Elektronik Industri – Peralatan (E-011-3:) | |
Juruteknik Kanan Elektronik Industri (EE-010-3 🙂 | |
Juruteknik Kanan Embedded System (Rekabentuk) (EE-060-3:) | |
Juruteknik Kanan Interference/Electromagnetic Compatability (EMI/EMC) (Rekabentuk) (EE-080-3) | |
Juruteknik Kanan Keselamatan (Rekabentuk) (EE-110-3) | |
Juruteknik Kanan Paparan Elektronik Optikal (Rekabentuk) (EE-070-3:) | |
Juruteknik Kanan Pemprosesan Isyarat Digital (Rekabentuk) (EE-104-3:) | |
Juruteknik Kanan Pengurusan Kuasa Elektronik Pengguna (Rekabentuk) (EE-100-3:) | |
Juruteknik Kanan Program Logik (EE-103-3:) | |
Juruteknik Kanan Teknologi Sensor (EE-102-3) | |
Juruteknik Semikonduktor (EE-020-3:) | |
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa (EE-320-3:2012:) | |
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019] | |
Pencantum Kabel Voltan Tinggi (EE-300-3:) | |
Pengeluaran Pemasangan Semikonduktor (EE-020-3:2013) | |
Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik (EE-021-3:2012:) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Course Info
- Start Course: Sesi Jun & Sesi Dis
- Duration: 3 Tahun (6 Semester)
- Prerequisites: No