Diploma Teknologi Maklumat
Course Description
Sinopsis Program
Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.
Prospek Kerjaya
- Computer Application Programmer
- Internet Programmer
- Web Programmer
- Database Programmer
- System Analysts Assistant
- Software Developer
- Database Administrator
- Software Tester
- System Support Personnel
- Systems Programmer
- Network Support Personnel
- Network Administrator
- IT Supporting Engineer
- Assistant Network Engineer
- Technical Helpdesk / Support
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Matematik; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
Sijil Teknologi Maklumat | |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
Certificate in Industrial Internet of Things | |
Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian | |
Sijil Teknologi Maklumat | |
3 | Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM |
Sijil Teknologi Maklumat | |
4 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer | |
5 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3) | |
Juruteknik Rangkaian Komputer (D-051-3) | |
Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3) | |
Juruteknik Sistem Komputer (D-040-3) | |
Juruteknik Sistem Komputer (D-041-3) | |
Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:) | |
Pembangunan Aplikasi [IT-010-3:2016] | |
Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3) | |
Perkhidmatan Rangkaian Komputer (IT-030-3:2013:) | |
Sokongan & Penyelenggaraan IT (IT-035-4:2014) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Course Info
- Start Course: Sesi Jun & Sesi Dis
- Duration: 3 Tahun (6 Semester)
- Prerequisites: No