Diploma Sains Kesetiausahaan

Lecturer
webmaster
0 Reviews

Course Description

Sinopsis Program


Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sector swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.

Prospek Kerjaya


Setiausaha
Pembantu Peribadi
Eksekutif Pentadbiran
Koordinator Acara
Eksekutif Sumber Manusia
Eksekutif Perhubungan Awam
Usahawan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Mendapat TIGA (3) kepujiandalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
Sijil Pemasaran
Sijil Pemprosesan Data
Sijil Pengajian Perniagaan
Sijil Penyimpanan Kira
2 Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
CHIEF LEGAL CLERK (M-053-3)
EXECUTIVE CORPORATE SECRETARY (M-052-3)
Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012)
Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

Reviews

0
0 Ratings
stars 5
0%
0
stars 4
0%
0
stars 3
0%
0
stars 2
0%
0
stars 1
0%
0

There are no reviews yet.

Leave a Review

Be the first to review “Diploma Sains Kesetiausahaan”