Diploma Pengajian Perniagaan

Lecturer
webmaster
Category
1 Review

Course Description

Sinopsis Program


Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk hadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

Prospek Kerjaya


Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:
Penolong Pembantu tadbir
Penolong Pengurus
Eksekutif Pemasaran dan Jualan
Eksekutif Sumber Manusia
Usahawan
Usahawan e-dagang
Pegawai Pembangunan Perniagaan
Penyelidik Perniagaan
Pegawai Operasi
Pegawaiatau Agen Insuran

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Matematik ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.00 ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Maqbul (Lulus); DAN lulus Matematik M atau Matematik T atau matematik peringkat SPM; DAN lulus Bahasa Inggeris/ Bahasa Inggeris peringkat SPM
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
Sijil Pemasaran
Sijil Pemprosesan Data
Sijil Pengajian Perniagaan
Sijil Penyimpanan Kira
2 Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
Sijil Dandanan Rambut
Sijil Pengkeranian Akaun
Sijil Pengoperasian Perniagaan
Sijil Perakaunan
Sijil Perakaunan Perniagaan
Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
3 Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
HUMAN RESOURCE SUPERVISOR (FB-070-3)
Operasi Jualan & Pemasaran (FB-018-3:2012)
Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
Pemprosesan Data Sumber Manusia (FB-077-3:2013)
Pentadbiran Industri (FB-023-3:2012)
Penyelia Desa (FB-017-3)
Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Sumber Manusia (FB-075-3:2012)
Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia (FB-076-3:2013)
Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia (FB-070-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

Reviews

5
1 Rating
stars 5
100%
1
stars 4
0%
0
stars 3
0%
0
stars 2
0%
0
stars 1
0%
0

1 Review

    suasana pembelajaran memuaskan, segala facilities sediakan dengan baik. para pensyarah yang mengajar pengajian perniagaan mengajar dengan baik, mudah di fahami, melakukan pelbagai aktiviti ketika pembelajaran seperti quizziz, role play, presentation, gallert walk dan pelbagai lagi. bidang ini memberi pendedahan tentang peluang pekerjaan, pemasaran luar dan dalam negara, dan banyak lagi.

Leave a Review