ππ πππππππππ ππππ | πππππ | πππππ, πππππ
Membina Ekosistem TVET Keselamatan Siber melalui Sinergi Industri
Politeknik Mersing Johor (PMJ) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuhkan agenda TVET negara menerusi penganjuran Sesi Libat Urus TVET Collaboration Hub (TCH) 2026, sebuah platform strategik yang menghimpunkan pemain utama daripada institusi TVET, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan industri dalam satu ekosistem kolaborasi berimpak tinggi bertempat di Impiana Hotel Senai, Johor.
Berteraskan semangat perkongsian kepakaran, sumber, teknologi, peralatan dan keupayaan, sesi ini menjadi wadah penting dalam membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh, progresif dan berdaya tahan, khususnya bagi memperkasakan bidang keselamatan siber sebagai antara kompetensi kritikal dalam landskap digital masa kini.
Sesi yang turut dihadiri oleh Pengarah Politeknik Mersing Johor, Ts. Dr. Robert Kerk Swee Tian ini turut membuka ruang kepada perbincangan strategik berkaitan keperluan industri, hala tuju teknologi, cabaran semasa serta potensi kerjasama yang boleh diterjemahkan kepada tindakan dan inisiatif bersama.
Barisan wakil institusi pendidikan tinggi dan latihan TVET yang hadir terdiri daripada Ts. Dr. Iqbal Tariq bin Idris dan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Osman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Ts. Dr. Mohd Zaki bin Masβud dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Profesor Madya Ts. Dr. Zubaile bin Abdullah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Ts. Dr. Wan Muhammad Hazwan bin Ahmad Azamuddin dari ADTEC JTM Kampus Batu Pahat; serta En. Noorajla bin Abdul Jalil dan Pn. Maharani binti Mohd Haled dari ADTEC JTM Kampus Tangkak. Kehadiran wakil daripada pelbagai institusi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi pembangunan bakat dan pemerkasaan ekosistem TVET keselamatan siber.
Turut hadir ialah Ts. Ainie Hayati binti Noruzman, Ketua Jabatan, dan Pn. Azrahayu binti Abdul Aziz, Ketua Program, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Ungku Omar (PUO). Penyertaan wakil institusi POLYCC Johor turut melibatkan En. Muhammad Idris bin Musa, Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, dan Pn. Nor Dalila binti Abd. Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2. Penglibatan barisan kepimpinan institusi ini membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik, penyelarasan keperluan latihan serta penerokaan peluang kolaborasi bagi melahirkan graduan TVET yang kompeten dan memenuhi keperluan industri.
Sesi libat urus ini turut menghimpunkan wakil industri strategik, termasuk En. Lee Hwee Hsiung, Ketua Jabatan (Pembangunan Profesional Keselamatan Siber), CyberSecurity Malaysia (CSM); En. Muhammad Arif bin Tukiman, Ketua Pegawai Eksekutif Cool Code Sdn. Bhd.; serta Mohammad Taufik bin Othman dan Pn. Wan Noraswana binti Wan Abd. Rahman dari Delta Spike Asia Sdn. Bhd. Turut hadir ialah En. Abd. Halim bin Abd. Rahman dan En. Mohd. Shamsudin bin Badli dari PMCARE Sdn. Bhd. Penyertaan rakan industri ini memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan sektor industri, khususnya dalam mengenal pasti keperluan kompetensi semasa, memperluas peluang kerjasama serta memastikan kandungan latihan TVET kekal relevan dengan perkembangan teknologi dan tuntutan pasaran kerja.
Kehadiran pelbagai pemegang taruh ini memperkukuh lagi nilai sesi melalui perkongsian pengalaman, kepakaran dan perspektif industri yang amat signifikan dalam memastikan program TVET PMJ sentiasa relevan, responsif dan sejajar dengan perkembangan teknologi serta keperluan pasaran kerja semasa.
Satu lagi elemen penting dalam penganjuran ini ialah komitmen awal kerjasama melalui Letter of Intent (LOI) yang menjadi simbol kesediaan rakan strategik untuk meneruskan hubungan kolaboratif ke tahap yang lebih tersusun dan berimpak.
Wakil yang terlibat dalam komitmen LOI ialah En. Sier Akmalhadi Bin Mat Noor dari Johor Skills Development Centre; En. Ahmad Firdaus Bin Shaik Omar dari Mersing Tourism Association (MTA); serta Mohammad Taufik bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Delta Spike Asia Sdn. Bhd.
Penganjuran TCH 2026 bukan sekadar sebuah sesi libat urus, malah mencerminkan komitmen PMJ untuk terus menjadi penghubung strategik antara akademia, kerajaan dan industri dalam membina ekosistem TVET yang lebih tangkas, relevan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Daripada perkongsian kepada tindakan, daripada kolaborasi kepada impak β PMJ terus memacu sinergi demi masa depan TVET dan keselamatan siber negara.