ππ πππππππππ ππππ | πππππ | ππππππππππ πππππππ πππππ
Politeknik Mersing Johor (PMJ) melakar satu lagi detik bersejarah dengan Peluncuran LEAP 35 Politeknik Mersing Johor, yang telah disempurnakan oleh YBrs. TS. Haji Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengerusi POLYCC Zon Johor merangkap Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, pada 21 September 2026.
Peluncuran ini telah berlangsung bersempena dengan Majlis Perasmian Liga Ilmu Serantau (LIS) Ke-12 Tahun 2026 di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing Johor.
LEAP 35 Politeknik Mersing Johor: 2026β2035 dengan tema βMemacu Kecemerlangan Masa Hadapanβ menjadi landasan strategik PMJ dalam memperkukuh kecemerlangan institusi serta memacu transformasi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang dinamik, inovatif dan relevan dengan keperluan masa hadapan.
Pelan strategik ini memberi penekanan kepada empat aspirasi utama, iaitu:
TVET Berdaya Saing
Inovasi Digital
Industri Berkolaborasi
Komuniti Lestari
Berteraskan aspirasi tersebut, PMJ komited untuk terus memperkukuh ekosistem pendidikan TVET melalui pengupayaan bakat, pendigitalan, jaringan strategik bersama industri serta kelestarian komuniti demi melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
Semoga LEAP 35 Politeknik Mersing Johor 2026β2035 menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dan merealisasikan aspirasi Mersing sebagai pintu gerbang potensi masa depan.