Politeknik Mersing Johor (PMJ) dengan sukacitanya telah melaksanakan Soft Launching Program Bank Makanan Dapur Siswa MADANI, sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar bersempena dengan Majlis Perasmian Liga Ilmu Serantau Ke-12 Tahun 2026.
Program ini merupakan inisiatif penyediaan sumbangan makanan percuma kepada seluruh pelajar PMJ, sama ada yang menetap di dalam mahupun di luar kampus. Kemudahan ini disediakan di ruangan khas berhampiran Kafe PMJ bagi memudahkan para pelajar mendapatkan makanan apabila diperlukan.
Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar, khususnya dalam memenuhi keperluan asas makanan, di samping memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian.
Sempena pelaksanaan program ini, para pelajar turut menerima edaran makanan ringan sebagai sebahagian daripada sokongan awal Program Bank Makanan Dapur Siswa MADANI.
Lebih daripada sekadar penyediaan makanan, program ini menjadi wadah untuk menyemai nilai keprihatinan, kebersamaan, perkongsian dan keikhlasan dalam kalangan warga PMJ. Setiap sumbangan yang diberikan diharap dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pelajar yang memerlukan.
βAmbil Mengikut Keperluan, Berkongsi Dengan Keikhlasanβ
Marilah kita bersama-sama menyokong dan menjayakan Program Bank Makanan Dapur Siswa MADANI PMJ agar inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta terus memberi impak positif kepada kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga pelajar.