𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝟏𝟏𝟒 𝐁𝐄𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐊𝐀𝐍

𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Politeknik Mersing Johor (PMJ) dengan kerjasama Hospital Mersing, Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Mersing telah menjayakan Kempen Derma Darah 2026 bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing Johor.

Program yang diadakan sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga PMJ serta komuniti setempat.

Alhamdulillah, sebanyak 114 beg darah berjaya dikumpulkan menerusi kempen ini, sekali gus mencerminkan keprihatinan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendermaan darah dalam membantu memenuhi keperluan bekalan darah bagi pesakit yang memerlukan.

Turut memeriahkan program ialah pameran dan reruai daripada pelbagai agensi dan rakan strategik, antaranya Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN), PERKESO, KWSP, Dania Optometry, Hotel Seri Malaysia, PDRM, Farmasi Hospital Mersing, Toyota Mersing, Insaff Travel serta Politeknik Mersing Johor. Program ini turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah KPDN yang memberi peluang kepada warga PMJ dan komuniti mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Program turut menerima kunjungan Dr. Redzuan bin Ab Hamid, Pengarah Hospital Mersing, bersama Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing Johor, serta wakil Ahli Lembaga Pelawat Hospital Mersing. Kehadiran mereka turut menyantuni para penderma dan meninjau reruai pameran yang disediakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini, khususnya para penderma darah, agensi pameran, rakan strategik, sukarelawan serta seluruh warga PMJ.

114 beg darah, 114 harapan untuk sebuah kehidupan.

Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan budaya derma darah, prihatin sesama insan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *