Pengenalan

Unit Jaminan Kualiti (UJK)  memainkan peranan  utama dalam merancang dan menyelaras program/ aktviiti di institusi bagi pensijilan ISO 21001:2018 Educational Organisations Management System (EOMS). Maka, UJK akan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan EOMS bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar EOMS. Selain itu, UJK turut terlibat dalam merancang dan menyelaras aktiviti, program serta latihan agar mematuhi piawaian bagi tujuan akreditasi program pengajian.

Polisi EOMS

Fungsi

1. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
2. Menyediakan Laporan Kajian Semula Pengurusan.
3. Merancang dan mengurus proses kerja berkaitan tindakan pembetulan terhadap ketidakakuran.
4. Membentangkan laporan Tindakan pembetulan yang telah diambil di dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
5. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kualiti dan Pengurusan Risiko.
6. Menyelaras penyediaan Manual dan Prosedur Kerja berrdasarkan ISO EOMS 21001 : 2018.
7. Menyelaras semua program pengajian dengan memperolehi akreditasi penuh daripada MQA/ ETAC
8. Menyelaras proses kawalan dokumen kurikulum dan silibus bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) setiap program pengajian menggunapakai silibus yang terkini.
9. Merancang, menyelaras dan menyediakan Takwim Akademik dan Takwim Aktiviti.
10. Menyelaras, merancang dan menyediakan Pelan Sejahtera.
11. Menyelaras, mengurus dan melaksanakan audit SIRIM bagi mendapatkan atau mengekalkan pensijilan ISO.

Carta Organisasi

 

Makluman

 

Googlesite UJK