Pengenalan

Kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman diberi perhatian oleh pihak warden. Warden memainkan peranan penting dalam membantu dan menjaga kebajikan pelajar agar sentiasa berada pada tahap yang baik dan sejahtera. Warden juga berperanan sebagai fasilitator, penasihat dan pembimbing pelajar. Peranan seterusnya yang dimainkan oleh warden ialah sebagai penguatkuasa peraturan. Walaupun warden dianggap sebagai penasihat atau pembimbing dan mempunyai budi bicara tertentu, tetapi bagi pelajar yang gagal mematuhi peraturan kolej kediaman para warden perlu bertindak tegas dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Warden kolej kediaman juga berperanan sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dalam merancang dan menjayakan aktiviti kolej kediaman pada setiap semester pengajian.

 

Objektif & Fungsi

  1. Memantau & menasihati JPKK dalam perancangan dan pelaksanaan program dalam takwim tahunan kolej kediaman.
  2. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada penghuni kolej kediaman supaya dapat melahirkan suasana yang harmoni di kalangan penghuni kolej kediaman dan seluruh warga politeknik.
  3. Mengawal selia penghuni agar mematuhi peraturan kolej kediaman dengan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa.
  4. Menasihati dan memantau kegiatan-kegiatan sosial dan aktiviti harian penghuni kolej kediaman.
  5. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni kolej kediaman yang sakit.
  6. Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes salah laku, kemalangan, kecemasan, kematian dan seumpamanya.

 

Senarai Warden