PENGENALAN

Latihan Industri merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan diploma. Pelajar diploma akan menjalani latihan industri pada semester 6 atau semester akhir.

Latihan Industri adalah penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti. Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang telah mereka perolehi. Adalah menjadi tanggungjawab unit ini untuk memastikan semua pelajar yang layak berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan industri yang menjadi syarat untuk lulus pengajian di Politeknik Mersing Johor.

Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PMJ dengan pihak industri dapat dikekalkan.

 

 

 

FUNGSI UTAMA

Mencari tempat latihan industri.

• Penempatan pelajar.

• Lawatan dan Penyeliaan pelajar di syarikat / agensi.

• Memanggil balik pelajar yang akan menamatkan latihan industri.

• Pendaftaran pelajar tamat latihan.

• Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah menjalani latihan  

   industri.

 

 

PERATURAN AM PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

1. Pelajar hanya boleh mengulang latihan industri sekali sahaja sepanjang pengajian di Politeknik

    Mersing.

2. Pelajar akan gagal jika:

            a. Gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan industri pada tarikh yang ditetapkan.

            b. Diberhentikan oleh syarikat / agensi.

            c. Menjatuhkan nama baik politeknik semasa menjalani latihan industri.

            d. Cuba untuk menipu atau mencuri semasa menjalani latihan industri.

            e. Penilaian di bawah tahap lulus.