Pengenalan

Unit Pembangunan Dan Senggaraan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang melibatkan menaiktaraf dan menyelenggaraan bangunan, fasiliti & infrastruktur politeknik dalam memberikan keselesaan dan keselamatan kepada warga PMJ

 

 

Objektif & Fungsi

Kami menyediakan perkhidmatan berikut :

   1.  Membaiki kerosakan melalui Borang Aduan yang diterima daripada sistem emaklum balas PMJ.

      1.1  Membuat pemeriksaan ke atas kerosakan yang dibuat.
      1.2  Membaiki kerosakan sekiranya boleh.
      1.3  Sekiranya tidak boleh baiki, ulasan akan dibuat sama ada : 

  • boleh dibaiki tetapi memerlukan alat ganti,
  • tidak boleh dibaiki kerana tiada kepakaran atau
  • tidak ekonomik untuk dibaiki.

  2.  Memantau kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor atau pembekal luar.

 

  3.  Menjalankan kerja pemeriksaan Penyenggaraan Harian/Bulanan.

     3.1  Dilakukan ke atas bangunan, kemudahan serta peralatan mengikut zon.

     3.2  Dengan merujuk Standard Penyenggaraan Bangunan, Mekanikal, Elektrikal, Kemudahan Asas dan Peralatan. 

  4.  Menjalankan kerja serta tugas-tugas sampingan.

  5.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari masa ke semasa.

Carta Organisasi