Pengenalan

Unit Kamsis berperanan menguruskan penempatan pelajar. Unit ini diletakkan di bawah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Unit Hal Ehwal Pelajar. Ianya diterajui oleh Pengurus Asrama, seorang Penyelia Asrama Gred N19, seorang Pembantu tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 dan dua puluh empat orang warden.

Kamsis Politeknik Mersing (PMJ) mempunyai lima blok bangunan yang boleh menampung seramai 1200 orang penghuni kamsis. Kapasiti blok bagi pelajar lelaki dan perempuan akan berubah pada setiap semester bergantung kepada jumlah pengambilan pelajar.

Kemudahan

Kamsis PMJ menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tilam, katil, kerusi, meja belajar, almari pakaian, langsir dan kipas. Kemudahan-kemudahan lain seperti berikut:

  • Setiap aras dilengkapi dengan kemudahan bilik mandi, pantry, ruang menggosok, ampaian dan tandas.
  • Di aras bawah di setiap blok ada menyediakan kemudahan , Bilik TV, Bilik Bacaan.
  • Setiap blok asrama juga disediakan mesin basuh

Syarat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) di portal PMJ. Borang lengkap yang telah dihantar secara atas talian hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Pengurusan Kamsis sebelum tarikh tutup permohonan berserta dokumen sokongan yang lain seperti:

  • Slip gaji/surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Penghulu atau Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
  • Laporan Kesihatan yang telah disahkan oleh doktor bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Objektif & Fungsi

OBJEKTIF  UNIT KAMSIS PMJ

Membuat proses penempatan bagi pelajar yang berdaftar dengan kamsis pada hari pendaftaran dan memastikan kamsis sentiasa selesa dihuni.

 

FUNGSI UNIT KAMSIS PMJ

  • Menyediakan tempat untuk penempatan penghuni Kamsis
  • Menguruskan pendaftaran masuk dan keluar penghuni Kamsis.
  • Memantau kebersihan Kamsis.
  • Memantau kerosakan dan keselamatan dan bangunan Kamsis.

 

Carta Organisasi