Tugas & Tanggungjawab

1. Pegawai Sukarelawan
    1.1 Mengurus, menyelaras dan mengawalselia pengurusan program/aktiviti kesukarelawan di institusi.
    1.2 Menyelaras pembentukan jawatankuasa untuk perlaksanaan program.
    1.3 Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (sekiranya ada) yang diperlukan bagi program-program yang telah dirancang.
    1.4 Memantau proses pelaksanaan program/aktiviti kesukarelawan di institusi berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program/ Aktiviti Kesukarelawan terkini

2. Penyelaras Sukarelawan Jabatan
    2.1 Membantu Pegawai Sukarelawan secara langsung dalam merancang, mengurus dan mengawalselia pengurusan program/aktiviti kesukarelawan.
    2.2 Membentuk jawatankuasa untuk perlaksanaan program di peringkat jabatan.
    2.3 Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (sekiranya ada) yang diperlukan bagi program-program yang telah dirancang di peringkat jabatan.
    2.4 Memantau proses pelaksanaan program/aktviti kesukarelawan dan penyediaan dokumen lengkap di jabatan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program/ Aktiviti Kesukarelawan terkini.

3. Menyelenggara & mengemaskini fail dan dokumen berkaitan program/aktiviti kesukarelawan di peringkat jabatan & institusi.

4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

Carta Organisasi