Pengenalan

Unit Sukan PMJ adalah bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar dan staf di politeknik. Kemudahan yang terdapat bawah tanggungjawab Unit Sukan PMJ ialah Pusat Sukan ( Gelanggang badminton, skuasy dan gymnasium) dan gelanggang-gelanggang permainan.

 

Visi

  • Melahirkan graduan TVET yang berpersonaliti unggul,bersahsiah serta berdisiplin tinggi melalui penglibatan dalam aktiviti sukan,kokurikulum dan kebudayaan

 

Misi

  • Menerap dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Politeknik Mersing,terutamanya pelajar.

  • Menyediakan fasiliti sukan,kokurikulum dan kebudayaan yang selamat untuk digunakan.

  • Membangunkan bakat sukan,kokurikulum dan kebudayaan yang ada pada seseorang pelajar ke tahap yang lebih baik secara berterusan

Objektif & Fungsi

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sukan, Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan. Secara amnya, JSKK bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar di Politeknik Mersing (PMJ).

 

Disamping itu, JSKK juga berfungsi sebagai:

  • Pengurusan bakar pelajar yang baru dan memantau menambahbaik bakat yang sediada.
  • Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan fasiliti peralatan sukan dan kokurikulum.
  • Menyediakan pasukan yang mewakili PMJ dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokorikulum (MPU).
  • Melatih dan melahirkn pelajar yang berupaya memimpin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisplin, berdedikasi disamping mempunyai sikap toleransi dan kerjasama.

Carta Organisasi