Pengenalan

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) merupakan salah satu daripada Jabatan Akademik di Politeknik Mersing. JTMK menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dengan panggilan ringkasnya DDT. Program DDT menawarkan pengkhususan atau trek yang berbeza mengikut politeknik. Trek yang ditawarkan oleh JTMK, Politeknik Mersing adalah adalah trek Sistem Rangkaian, trek Keselamatan Maklumat dan trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi. Tempoh pengajian bagi program DDT, Politeknik Mersing ialah selama tiga tahun. Jumlah semester pengajian yang terlibat adalah sebanyak enam semester di mana pada semester akhir pelajar wajib menjalani latihan industri. Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Teknologi Maklumat digubal berdasarkan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Program ini membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar apabila tamat pengajian kelak.

BUKU PANDUAN PELAJAR
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEMUDAHAN & AKTIVITI
JTMK dilengkapi dengan bilik kuliah dan makmal komputer yang menyediakan peralatan dan teknologi terkini bagi menyokong capaian hasil pembelajaran praktikal dan teori bagi semua kursus. Selain itu, JTMK juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah CISCO Academy yang aktif di Malaysia. COT dengan kerjasama JTMK juga pernah menganjurkan Cyber Range Academy Conference (CRAC).

PELUANG SIJIL PROFESSIONAL
Pelajar-pelajar program ini juga berpeluang untuk ditauliahkan dengan sijil-sijil professional seperti
• Computer Technology Industry Association (CompTIA A+),
• Oracle Java Certification,
• Microsoft Computer System Administrator (MCSA)
• Microsoft Certified Desktop Service Technician (MCDST),
• Cisco Certified Network Associates (CCNA),
• EC-Council Network Security (ENSA)
• Certified Ethical Hacker (CEH).

Walaubagaimanapun, peluang persijilan profesional tertakluk kepada peruntukan dari JPPKK (jika ada).

 

Untuk mengetahui pengumuman dan aktiviti JTMK, boleh ikuti IG Rasmi JTMK

 

 

 

Program Yang Ditawarkan

Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau singkatannya  DDT, menawarkan pengkhususan/trek berbeza mengikut Politeknik. Politeknik Mersing menawarkan 3 pengkhusuan/trek iaitu:

- Trek Sistem Rangkaian

- Trek Keselamatan Maklumat

- Trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Mathematics
    2. DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain - lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Lulusan selain SPM 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik (bagi lulusan selain Kolej Komuniti) atau mendapat satu kepujian dalam mana-mana matapelajaran dan lulus dalam mata pelajaran Matematik(bagi lulusan Kolej Komuniti)
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain - lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  7. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan: 
* Sijil Politeknik Tahap 3, KKM-Sijil Teknologi Maklumat
* Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM-Sijil Aplikasi Perisian Komputer, Sijil Rangkaian Komputer,Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian,Sijil Sistem Komputer dan Sokongan,Sijil Teknologi Maklumat
* Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM - Sijil Teknologi Maklumat
* Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM - Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
* Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3),Juruteknik Rangkaian Komputer (D-051-3),Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3),Juruteknik Sistem Komputer (D-040-3),Juruteknik Sistem Komputer (D-041-3),Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:),Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3),Perkhidmatan Rangkaian Komputer (IT-030-3:2013:), Sokongan & Penyelenggaraan IT (IT-035-4:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

 

PEO & PLO

Programme Educational Objectives (PEO)

 

Programme Learning Outcomes (PLO)

Prospek Kerjaya

Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan kukuh kebelakangan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang yang memenuhi kehendak dan keperluan industri dalam dan luar negara. Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti:

• Computer Application Programmer
• Internet Programmer
• Web Programmer
• Database Programmer
• System Analysts Assistant
• Software Developer
• Database Administrator
• Software Tester
• System Support Personnel
• Systems Programmer
• Network Support Personnel
• Network Administrator
• IT Supporting Engineer
• Assistant Network Engineer
• Technical Helpdesk / Support

Kemudahan Makmal

  1. Makmal Sistem Komputer dan Digitala
  2. Makmal Teknologi Maklumat
  3. Makmal Pembangunan dan Aplikasi
  4. Makmal Keselamatan Maklumat
  5. Makmal Rangkaian CISCO
  6. Makmal Rangkaian dan Komunikasi
  7. Makmal Hipermedia
  8. Makmal Projek Rangkaian
  9. Makmal BYOD CISCO
  10. Makmal CYBEROPS CISCO
  11. Bilik-bilik kuliah
  12. Dewan Kuliah
  13. Technology Enabled Classrooms

Carta Organisasi