Pengenalan

Jabatan Perdagangan ( JP) merupakan jabatan akademik induk. Seiring dengan permintaan yang tinggi dalam pelbagai sektor di Malaysia, Jabatan Perdagangan telah  menawarkan program Diploma Sains Kesetiausahaan ( DSK) yang memulakan operasi pada tahun 2010 dan Diploma Pengajian Perniagaan ( DPM) yang memulakan operasi pada tahun 2014. Seramai 24 orang tenaga pengajar di jabatan ini yang terlatih, berpengalaman dan pakar di dalam bidang masing-masing diberi tanggungjawab melahirkan tenaga mahir separa professional yang berkemahiran tinggi dan berwibawa. Pengajian diploma dijalankan selama 6 semester ( 3 tahun ) dan termasuk 1 semester latihan industri. Pelajar perlu mengikuti latihan tersebut selama 6 bulan di mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan untuk mendapatkan pengalaman.

 

BUKU PANDUAN PELAJAR

Diploma Sains Kesetiausahaan & Diploma Pengajian Perniagaan

 

Program Yang Ditawarkan

1. Program Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) 

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan setiausaha yang profesional, cekap , efisien dan berketrampilan. Pelajar dilatih dalam pengurusan pejabat, pengurusan rekod, pembentukan personaliti, trengkas, shorthand dan kepantasan menaip. Pelajar juga dilatih cara-cara menggunakan kemahiran teknologi maklumat terkini di dalam bidang-bidang yang mereka pilih. Di samping layak untuk memegang jawatan setiausaha, pelajar yang telah tamat pengajian boleh mengisi jawatan pembantu tadbir, pembantu peribadi dan lain-lain bidang yang berkaitan.

2. Program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

Matlamat program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar berkaitan dengan  disiplin perniagaan dan membantu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dalam kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Program ini, secara dinamik membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran dalam bidang seperti pengurusan, penjualan, operasi, pemasaran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.  Oleh kerana sifat kerangka kerja yang fleksibel, kursus dapat dipilih sesuai dengan minat pelajar, sama ada untuk memasuki pekerjaan di pasaran atau untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai program perniagaan. Lulusan berpeluang menjawat jawatan seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Kewangan dan juga sebarang jawatan di dalam bidang pengurusan yang bersesuaian.

PEO & PLO

 

Carta Organisasi